Cubaan curi kayu balak gagal

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak menggagalkan cubaan curi kayu balak bernilai RM2,000 dalam satu operasi khas semalam.

Operasi itu dilakukan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti mencuri hasil hutan di Seri Jaya Batu Gajah, di sini.

Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan berkata, satu pasukan Penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung menjalankan pemeriksaan serta- merta di lokasi dan mendapati sebuah lori telah membawa kayu hutan pelbagai jenis tanpa menunjukkan apa-apa dokumen sah.

“Sehubungan itu, pasukan penguat kuasa telah menahan pemandu lori terbabit dan menyita kenderaan digunakan.

“Muatan tual-tual kayu balak yang dianggarkan bernilai RM2,000 turut dirampas,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu telah dilepaskan dengan bon jaminan polis setelah keterangan diambil.

“Siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 68 (1) dan Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu kesalahan membawa hasil hutan tanpa pas pemindah dan kesalahan memiliki hasil hutan tanpa kebenaran,” katanya.

Justeru, Jabatan Perhutanan Perak memberi peringatan kepada orang awam bahawa penguatkuasaan ketat tetap dilakukan melalui pemantauan dan rondaan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker