COVID-19 berkemungkinan bukan dari China – Pakar

Share

Pandemik COVID-19 yang kini merebak di seluruh dunia dipercayai bukan berasal daripada Wilayah Wuhan, China seperti yanng didakwa sebelum ini, kata pakar Universiti Oxford, Dr Tom Jefferson.

Dr Tom Jefferson yang juga pensyarah kanan di Pusat Perubatan Berasaskan Bukti di universiti sama berkata, terdapat bukti yang semakin jelas menyatakan virus itu wujud di lokasi lain sebelum dikesan di Asia.

Beliau yang juga profesor pelawat di Universiti Newcastle Britain percaya, hasil kajiannya mendapati, banyak virus tidak aktif di seluruh dunia namun, muncul ketika situasi memberi keuntungan kepada sesetengah pihak.

“Perkara ini boleh kita kaitkan dengan virus-virus lain sebelum ini. Seperti SARS-1 yang sebelum ini muncul tetapi kini sudah tiada.

“Sehubungan itu, kita perlu ambil kira hal seperti ini selain meneliti ekologi virus, memahami bagaimana ia wujud dan bermutasi. Kita juga mungkin lihat virus yang tidak aktif boleh diaktifkan berdasarkan keadaan persekitaran. Ada kes di Pulau Falkland pada awal Februari. Sekarang, dari mana asalnya?

“Ada kapal pesiaran yang pergi dari Georgia Selatan ke Buenos Aires dan penumpang diperiksa dan kemudian pada hari ke-8, mereka dikesan sebagai kes pertama. Adakah virus itu diletakkan dalam makanan siap sebelum dicairkan dan diaktifkan?

“Perkara-perkara aneh seperti ini terjadi seperti selesema Sepanyol pada tahun 1918, sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk Samoa Barat meninggal dunia akibat selesema Sepanyol dan mereka tidak mempunyai komunikasi dengan dunia luar,” katanya seperti dipetik menerusi laporan The Sydney Morning Herald pada Isnin.

COVID-19 yang diklasifikasikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini dipercayai mula dikesan di Wuhan, China pada 12 Disember 2019.

Minggu lalu, ahli virologi Sepanyol mengumumkan bahawa mereka telah menemui jejak COVID-19 dalam sampel sisa air yang dikumpulkan pada Mac 2019 iaitu sembilan bulan sebelum wabak itu dikesan di China.

Para saintis Itali juga telah menemui bukti virus itu berada dalam sampel kumbahan di Milan dan Turin, sekitar pertengahan Disember, beberapa minggu sebelum kes pertama dikesan.

Sementara itu, para pakar juga dikatakan mengesan kehadiran virus itu di Brazil sejak bulan November.

Dalam pada itu, Jefferson percaya bahawa virus itu boleh disebarkan menerusi sistem pembentungan atau penggunaan tandas dan bukan melalui titisan yang dikeluarkan ketika bercakap, batuk atau bersin.

Awani

Leave a Reply