Azhar dicalonkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azalina jadi timbalan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dicalonkan dalam usul untuk menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya.

Menurut laporan portal FMT, Azhar akan menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusuf sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat manakala Azalina menggantikan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kata portal itu, kertas pesanan yang menyenaraikan perdebatan dan usul menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai ini turut merangkumi usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Mohamad Ariff dan timbalannya itu.

“Urutan arahan itu seharusnya sudah keluar sekarang. Ya, gerakan ini ada, saya akan mengikut peraturannya,” kata Ariff kepada FMT hari ini.

Terdahulu, pelantikan Mohamad Ariff dan Kor Meng adalah ketika di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker