Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah

Syamsul kecewa harapan untuk bertentang mata dengan Puteri Sarah pada sesi perdamaian di JAWI, pagi tadi, tidak kesampaian.

Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah

Syamsul Yusof, 39, sedia menimbang permintaan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, untuk dilepaskan jika isteri pertamanya itu mahu bersemuka.

“Insya-Allah, saya tidak tahu… Insya-Allah. Apa yang penting, ayuh kita berjumpa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berakhirnya sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.

Syamsul kecewa harapan untuk bertentang mata dengan Puteri Sarah pada sesi perdamaian itu, tidak kesampaian.

“Saya harap hari ini dapatlah berjumpa Sarah, tetapi, malangnya, proses itu dijalankan berasingan.

“Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

Syamsul yang diwakili sepupu, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses ditetapkan sekalipun menyukarkan mereka mencari jalan perdamaian.

Puteri Sarah Berlakon Jalan Cerita Tentang Poligami

“Niat saya mengharapkan isteri terima poligami ini dengan baik. Kita boleh berbincang mengenai bagaimana jalan untuk kembali bersama.

“Saya mahu berbincang dalam seminggu, berapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.

“Saya sebenarnya kecewa, namun, hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,” katanya.

Syamsul berkata, keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya, banyak faktor lain yang perlu diambil kira.

“Orang selalu bertanya kenapa saya enggan ceraikan dia. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.

“Perceraian bukan perkara mudah. Hakikatnya, ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.

“Sebab itu, saya ingin sangat bertemu Sarah supaya kami dapat berbincang dan menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik dan harmoni,” katanya. BH

Kami faham derita Puteri Sarah – Ibu Syamsul

Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker