Zahid arah Umno, BN pertahan kerajaan Muhyiddin

Presiden Umno, Zahid Hamidi mengarahkan partinya mempertahankan kerajaan pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin daripada terus diganggu-gugat pembangkang.

“Umno sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan perdana menteri oleh pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Arahan sama turut dikeluarkan kepada Barisan Nasional.

Zahid merupakan pengerusi gabungan itu, yang bersama PPBM, PAS, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Solidariti Tanah Airku membentuk Perikatan Nasional, yang menjadi kerajaan selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker