PH Johor setuju bentuk kabinet bayangan, bersiap PRU mengejut

A

+

A

Pakatan Harapan Johor bersetuju untuk membentuk “kabinet bayangan” bagi memantau kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional.

“Pakatan Harapan (PH) Johor akan mewujudkan kabinet bayangan untuk memainkan peranan semak imbang terhadap polisi dan dasar kerajaan Johor pimpinan Umno.

“Melalui pengalaman yang ditimba sepanjang 22 bulan sebagai kerajaan, kami yakin akan dapat

memainkan peranan yang lebih berkesan,” katanya dalam suatu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Dalam kenyataan itu, mereka juga mengambil maklum kerajaan negeri Johor tidak stabil dan kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut.

“Justeru, jentera bagi kawasan DUN dan parlimen akan diwujudkan bagi memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku bila-bila masa,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, PH akan melakukan penyusunan semula struktur kepimpinan ahli jawatankuasa di semua peringkat di negeri Johor akan dilakukan.

Perikatan Nasional mempunyai majoriti dua kerusi di DUN Johor yang dianggotai 56 orang.

Bersatu, yang mempunyai 11 Adun, menarik diri daripada PH pada akhir Februari, yang menyebabkan keruntuhan kerajaan negeri.

Mereka bergabung dengan 14 Adun Umno, dua wakil MIC dan satu daripada PAS untuk membentuk kerajaan negeri yang baru, ditambah pula dengan seorang Adun berpaling tadah daripada PKR.

Bagaimanapun, Umno menjadi parti teras gabungan PN di Johor kerana memiliki jumlah kerusi DUN paling besar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker