Imam Besar Al-Azhar ucap tahniah kepada Zulkifli

Dalam satu hantaran di Facebook menerusi akaun rasmi berbahasa Arab miliknya, Zulkifli berkata, surat yang diterima pada petang Sabtu itu turut mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada beliau dan rakyat Malaysia.

“Ketibaan surat agak lewat kemungkinan disebabkan terpaksa melalui beberapa prosedur rasmi,” katanya dalam ruangan komen pada hantaran yang sama apabila warganet bertanya mengenai ucapan Aidilfitri berkenaan.

Menurutnya, Sheikh Tayeb yang juga Ketua Majlis Ulama kanan Al-Azhar berharap dengan pelantikan beliau itu, hubungan Malaysia dan Republik Arab Mesir khususnya Universiti Al-Azhar Al-Sharif akan terus kukuh dan memberi manfaat besar kepada ummah.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac lalu.

Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker