Wan Saiful akui Bersatu kini hadapi ‘tentangan dalaman’

KUALA LUMPUR: Bersatu perlu mengakui “cabaran dalaman” yang wajar diselesai, kata Wan Saiful Wan Jan selepas enam Ahli Parlimen parti itu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) itu mengingatkan bahawa peralihan sokongan itu berlaku di sebalik ‘sokongan sebulat suara’ kepada kepimpinan parti sedia ada.

“Semua kepimpinan Bersatu perlu muhasabah kenapa di bawah kepimpinan yang disokong sebulat suara berlaku perkara begini.

“Tak perlu nafikan. Bersatu jangan nafikan ada cabaran dalaman parti. Kena gembleng tangan selesaikan cabaran supaya perkara ini tidak berlaku. Kalau tak selesaikan tak pelik perkara ini berterusan,” katanya ketika ditemui selepas forum pembangunan ekonomi Bumiputera di Anjung Melayu.

Katanya, cabaran yang timbul memerlukan kebijaksanaan dan tindakan tegas di pihak pimpinan.

“Ahli tanya kenapa tiada tindakan disiplin lebih jelas. Tak boleh pandang sambil lewa perkara begini. Parti kena berubah jadi parti terbuka, tegas, diyakini rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar suatu “program pembinaan” untuk ahli Bersatu dilaksanakan bagi membina jati diri kuat.

Sehingga kini enam Ahli Parlimen Bersatu beralih sokongan iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Semua mereka menggunakan alasan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan untuk kawasan masing-masing.

Hari ini, berucap pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak, Anwar yakin lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong kerajaan kerana tidak yakin dengan parti mereka, susulan janji pertukaran kerajaan gagal.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker