Bot terbalik: Mayat terakhir ditemui

MAYAT mangsa terakhir bot terbalik, Arman Ismail, 43, ditemui jam 2.20 petang tadi pada jarak 40 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin, Bachok.

Penemuan itu melengkapkan pencarian mangsa bot terbalik yang hilang apabila kesemua mereka dijumpai genap seminggu kejadian malang itu berlaku.

Identiti Arman disahkan kakak sulungnya, Aida Ismail, 50, berdasarkan pakaian selain penemuan kad pengenalan tertera nama mangsa.

Korban bot terbalik di Perairan Kemasin, Isnin lalu adalah seramai lapan orang manakala 12 lagi selamat.

Dengan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 81 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan ribut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker