Ada Peminat Mahu Beli Kasut Emas Khalid Jamlus. Rupanya ini tujuan dia

” Siapa yang tidak sayangkan koleksi berharga itu namun terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun,”

Demikian luahkan bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Khalid Jamlus.

Khalid ketika dihubungi Arena Metro berkata, tindakan terbabit dilakukan selepas memikirkan dan berbincang dengan beberapa individu lain sebelum mengambil keputusan menjual segala koleksi peribadi yang boleh dikatakan antara barangan paling disayangi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tiga tahun tanpa sebarang pekerjaan sememangnya situasi yang cukup sukar ditambah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, sekali gus memeritkan lagi kehidupan tanpa sebarang pendapatan tetap.



” Apa yang saya buat untuk teruskan kehidupan, jadi perlu jual koleksi peribadi itu dan tidak perlu cerita puncanya namun siapa yang melalui situasi berkenaan akan faham situasi berkenaan.

” Cukup berat atau susah untuk menjual koleksi berkenaan namun itu adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk teruskan kehidupan.

” Walaupun cukup sukar namun berfikiran positif kerana apa yang dimiliki itu tidak akan kekal,” katanya.

Sebelum itu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 cukup mengejutkan ramai pihak, sekali gus membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.



Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Dibeli individu pada harga RM10,500
Sementara itu, Khalid telah membuat lelongan kasut emasnya itu menerusi ‘live’ di Facebook dan dijual pada harga RM10,500.

Sekitar 1,000 orang menyertai sesi LIVE tersebut dan pelbagai barangan peribadi Khalid Jamlus seperti poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.

Kasut emas sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu dianugerahkan kepada Khalid Jamlus selepas berjaya membawa Perak muncul sebagai juara dan beliau merekodkan 17 gol liga pada musim itu.



Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.

Mungkin ramai bertanyakan mengapa Khalid Jamlus ‘tolak’ barang yang memiliki sentimental value seperti ini namun berdasarkan penjelasan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai job dan mungkin faktor kewangan serta survival menjadi punca utama.

Bagaimanapun, dia tidak mahu dikecam atas tindakan ini kerana baginya situasi semasa mungkin amat sukar untuknya dan ini adalah hak dirinya untuk meneruskan survival dalam situasi dunia yang tidak menentu.

Peminat Khalid mahu beli dan hadiahkan semula kepada Khalid



Selepas tular kisah mahu menjual kasut emas tersebut, Khalid menerima komen seorang individu yang berminat mahu membeli.

Menariknya, individu tersebut tidak berniat untuk menyimpan kasut emas tersebut sebaliknya mahu menghadiahkan semula kepada Khalid.

” Ada lagi tak kasut emas Khalid Jamlus? Saya sanggup beli..saya akan hadiahkan balik kasut tu masa hari jadi awak nanti.. peminat awak sejak kecik lagi.. best football player”

Berikut fakta menarik mengenai Khalid Jamlus



KHALID JAMLUS THE PREDATORY TARGET MAN

Tak ramai pemain target man seperti Khalid Jamlus yg boleh menjadi penjaring utama dalam pasukan atau tipikal main scorer per season striker. Beliau adalah fox in the box. Pemain ini memang sangat semulajadi ketika menerima servis. Beliau bergantung kepada natural instinct dan reaksi untuk meledak gol dan bukannya dribble atau quick footed skill.

#PEMBANGUNAN
Khalid adalah pemain yg dipilih untuk menyertai skuad Piala Dunia Remaja 1997 namun disisihkan kerana kecederaan. Kemudian beliau diserap ke pasukan remaja Olimpik 2000. Satu pasukan yg dibentuk untuk menghadapi persediaan pusingan kelayakan Olimpik 2000. Dalam skuad Olimpik, Khalid adalah pemain utama dalam kempen liga perdana Malaysia bersama skuad Olimpik 2000.

Pasukan yg dibarisi bintang muda seperti Johny Joseph, Gilbert Cassidy, Saravanan, Jamsari Sabian dan ramai lagi. Dalam kempen kelayakan olimpik nama Khalid adalah pemain utama. Namun Khalid dan rakan rakan gagal untuk melakukan pencapaian lebih baik. Antiklimaks paling ngeri adalah ketika seri menentang Nepal yg disusuli insiden pemain bertembung dengan penyokong Nepal. Malaysia tersingkir awal dan pemain seperti Rafdi Rashid dikejarkan ke hospital.



#PERAK DAN PIALA MALAYSIA 2000
Selepas pasukan Olimpik 2000 itu dibubarkan, Khalid menyertai Perak untuk tempoh singkat dan berjaya menjadi penyerang Sensasi Perak bergandingan bersama pemain seperti Keita Mandjou dan juga ‘career’ partner V. Saravanan. Di Perak Khalid sangat cepat menjadi ‘darling’ kepada penyokong Perak kerana komitmen di padang.

Gandingan Khalid-Sara memberikan kejayaan besar kepada Perak era millenium. Tanpa kehadiran pemain import, peluang Khalid untuk menyerlah memang digunakan sebaik baiknya. Perak menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam final tersebut. Dan yg menarik Khalid-Sara adalah penjaring gol. Khalid turut menjadi penjaring terbanyak Liga untuk pasukan Perak dengan 7 gol musim tersebut.

Pada awal musim 2001, Khalid membantu Perak memenangi perisai komuniti / sumbangsih.

#KASUT EMAS 2002
Manakala pada musim 2002, Khalid meledak 17 gol liga untuk Perak dan membantu Perak menjuarai Liga Perdana 1. Khalid memenangi anugerah kasut emas. Namun agak perit apabila mereka tewas di tangan pasukan Terengganu di Final Piala Malaysia.

Khalid dipanggil menjadi penggempur utama skuad Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Dunia dan digugurkan kerana insiden kelab malam. Tahun yg sama Khalid dirisik Eintracth Frankfurt bersama Akhmal Rizal, namun kedua dua mereka gagal mendapatkan kontrak.

Khalid kembali ke kancah domestik terus cemerlang di Perak untuk mengekalkakn Liga Perdana 1 dengan menjadi penjaring terbanyak dalam pasukan Perak dengan 9 gol.

#PIALA TIGER 2004 KHALID – SARA
Pada 2004, Khalid diberi peluang oleh Bertalan Bisckei untuk kembali kedalam pasukan kebangsaan dalam kejohanan Piala Tiger 2004. Khalid meledak 2 gol menentang Filipina pada perlawanan kedia peringkat kumpulan dalam kemenangan 4-1. Yang menariknya selepas tewas di tangan Myanmar dalam perlawanan ketiga, Malaysia dan Thailand dalam misi hidup mati untuk menang. Malaysia diramalsukar untuk menang ke atas pasukan kuat Thailand.

Malaysia dikejutkan jaringan pendahuluan counter attack lewat separuh masa pertama oleh Sarayoot Chaikamdee. Thailand 1 Malaysia 0.

Perlawanan kemudian sedikit tegang. Pada minit ke-62 penyerang yg dilabel bad boy Khalid Jamlus menjaringkan gol penyamaan. Ia adalah hasil umpanan pemain gantian V. Saravanan yg menggantikan Surendran. Selepas itu Khalid-Sara melakukannya sekali lagi 2 minit kemudian. Satu lagi cross ditanduk masuk oleh Khalid. Kini tugas Norhafiz dan rakan rakan di backline untuk mempertahankan gol Khalid dan Malaysia berjaya layak ke separuh akhir menyingkirkan Thailand.

Di separuh akhir pertama Malaysia menang 2-1 hasil jaringan double Liew Kit Kong setelah ketinggalan hasil jaringan awal Kurniawan Dwi Yulianto. Namun di second leg, Khalid memberikan senyuman kepada Malaysia untuk mara ke final dengan gol pendahuluan. Tetapi Indonesia bangkit dengan 4 gol jaringan, Kurniawan, Charris, Ilham Jaya dan pemain lincah Boaz Salosa.

Dalam perebutan tempat ketiga Khalid menjaringkan gol sekali lagi untuk memberikan hadiah ketiga untuk Malaysia menang ke atas Myanmar (2-1) yg menewaskan Malaysia sebelum ini.

#TAWARAN DARI GERMAN
Aksi cemerlang Khalid membuatkan beliau dirisik oleh kelab German SvGG Greuther Furth. Khalid diberikan pendedahan di perlawanan pra musim namun dibelenggu isu kecederaan dan gagal mendapatkan kontrak. Khalid kembali ke Malaysia dan menyertai Selangor.

#TREBLE SELANGOR 2005

Ia kekal menjadi treble terakhir Selangor dengan kelompok pemain yg mantap termasuk Khalid, Bambang, Ellie Aiboy, Brian Fuentes. Khalid and Co. Menyapu bersih Piala Malaysia, Liga Perdana dan Piala FA. Namun penurunan prestasi pada tahun berikutnya oleh pasukan Selangor membuatkan ramai pemain dilepaskan termasuk Bambang, Ellie Aiboy dan Khalid Jamlus. Khalid menyertai Perak Semula dan membentuk gandingan berbisa dengan Keita Mandjou.

#KELANTAN

Pada 2009 Khalid menyertai pasukan revolusi merah Kelantan. Tahun inilah Khalid dan Kelantan tewas dalam 2 final. Piala Malaysia dan Piala FA. Khalid dilepaskan ke ATM FA pada 2010.

Pada 2011, Kelantan mengambil semula Khalid untuk kempen mereka. Hasilnya Kelantan menjadi juara Liga Super buat pertama kali. Pada 2012 Khalid digugurkan oleh pengurusan dan menyertai PDRM.

#STYLE OF PLAY

Classic No. 9 dengan kekuatan di udara dan instinctive finish tanpa perlu mengambil keputusan yg lama.

Memiliki fizikal yg tinggi namun agak low pace dan bukan skilful player.

Pemusnah paling bahaya adalah header beliau.

Kategori fox in the box.

#WISELAKHIR

Pemain ini signifikan dengan no 25 dan saya rasa beliau menggunakan nombor tersebut sejak remaja. Khalid Jamlus adalah boyhood hero untuk pasukan Perak dan kemudian Selangor pada 2005. Muka jambu ini memang pakej wajib untuk menjadi poster boy. Beliau mungkin agak ‘nakal’ dari segi lifestyle namun di padang beliau sentiasa berhabis nafas untuk menang. Khalid kini kerap menjadi pengulas jemputan di TV. Selepas Piala Tiger 2004, nama Khalid tak pernah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan dan ia agak ‘kejam’ bagi saya.

Khalid mengakui, V. Saravanan adalah gandingan terbaik beliau hampir di semua peringkat dari remaja, liga domestik dan senior kebangsaan.

LEGEND TETAP LEGEND TAK PAYAH NAK SEMBANG BANYAK !

MB

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker