Warisan semakin karam, 1357 ahli lagi keluar parti.

Seramai 1,357 lagi ahli Warisan di Parlimen Libaran hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta, menjadikan mereka kumpulan ke-3 berbuat demikian sejak 26 Jun lepas.

Satar Wahab, yang sebelum ini merupakan ketua Warisan cawangan Batu 15, dan mengetuai kumpulan itu berkata, ahli yang keluar itu melibatkan 8 cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

“Tiada seorang pemimpin parti pernah menjenguk dan mengambil peduli masalah kami di peringkat cawangan sejak menang pilihan raya umum (ke-14) yang lalu.

“Kami juga ingin menyatakan sokongan kami terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman itu di sini, hari ini.

Pada 26 Jun, lebih 1,000 ahli dari 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama, iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.

Empat hari kemudian (30 Jun), seramai 1,320 ahli parti itu dari 12 cawangan di kawasan Parlimen sama juga mengumumkan keluar parti.

Related Articles

One Comment

  1. Adakah mereka yg keluar ini betul-betul ahli Parti Warisan yang mempunyai kad keahlian Parti Warisan atau mereka ini hanya di lakunkan sebagai penghias blog. Bolehkan rakam gambar kad keahlian mereka dalam parti Warisan dan tayangkan kad ķeahlian mereka didalam blog ini ?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker