Pak Kadiaq Akhirnya Tanpa Sedar Mengaku Menjadi Proksi Mahathir

“Kerja-kerja kroni-kroni dan proksi-proksi yang melibatkan kontrak-kontrak kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion diberi kepada syarikat milik swasta hanya berlaku pada zaman PM4/7 dan bakal PM5 masa itu.

Sepanjang masa saya, perkara-perkara seperti ini tak berlaku kerana kroni saya adalah Rakyat dan kebanyakan projek-projek kerajaan diberi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan atau milik tabung-tabung amanah Rakyat seperti KWSP, ASB. KWAP, Tabung Haji supaya dividen setiap tahun tinggi masa saya PM”

 

Semalam, Pak Kadir akhirnya mengaku bahawa dia pernah menjadi proksi untuk menjadi antara pemegang saham utama syarikat MRCB dari tahun 1993 hingga ke tahun 2000.

Dia juga mengaku bahawa semasa dia menjadi proksi, MRCB mendapat pelbagai projek-projek kerajaan dan memiliki aset-aset yang begitu besar termasuk:

– berpuluh-puluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan
– 23% RHB Bank
– Lebuhraya bertol Ipoh-Lumut
– 30% Port Dickson Power (IPP)
– 25% Malakoff Berhad (IPP)
– 44% syarikat media NSTP
– 50% TV3.
– projek KL Sentral
– syarikat telco Emartel (013)



Posting Pak Kadir semalam:
https://www.facebook.com/akadir.jasin.5/posts/10221849192155014

Anwar pun pernah menamakan Pak Kadir sebagai antara proksi utama.

Bagaimanapun, Pak Kadir kata dia cuma proksi untuk UMNO.

Tetapi apa yang tidak dijelaskan oleh Pak Kadir ialah terdapatnya satu trust agreement rahsia yang pernah dibuat oleh syarikat guaman Amin & Co yang menamakan pemegang saham sebenar bagi 70% kepentingan Realmild yang merupakan pemegang saham utama syarikat MRCB adalah di bawah nama peribadi PM4.



Perkara di atas pernah didedahkan dalam mahkamah pada tahun 2010 namun trust agreement itu tidak dapat diserah kepada mahkamah sebab hanya PM4 dan syarikat guaman memiliki salinan perjanjian itu.
https://www.malaysiakini.com/news/146806

Anwar juga pernah mengesahkan perkara berikut dalam akuan bersumpah dia.

Memang Anwar tahu kerana dia adalah Menteri Kewangan masa itu dan dia pernah membantu MRCB mendapat projek-projek tersebut masa itu.

Akibatnya harga saham MRCB melonjak naik dari RM1.80 untuk mencecah RM12.00



Namun, semalam Pak Kadir kata saya tak tahu semua ini kerana saya langsun tak terlibat kerana saya ” bukan orang utama dalam hierarki Umno” masa itu.

Dari jalan cerita ditulis Pak Kadir semalam juga, UMNO hanya memiliki kepentingan saham TV3 dan NSTP semasa saya menjadi presiden parti kerana lain-lain aset amat bernilai sudah habis dijual dan dipindah milik sebelum itu.

Ke mana hasil jualan dan kepada siapa aset-aset lain itu sudah dipindah milik, siapa tahu?

Pak Kadir juga mengaku bahawa pada tahun 2000, dia tidak pindah milik saham MRCB yang dia miliki kepada UMNO tetapi kepada orang lain walaupun kes mahkamah tahun 2010 itu juga menyebut bahawa Pak Kadir antara mereka yang menerima bayaran semasa dia menjual saham Realmild.

Tapi saya pelik!



Pak Kadir sanggup menjadi Proksi dan kroni selama 7 tahun secara FREE! tanpa mendapat apa-apa ganjaran ke?

Dia tak dapat saham ESOS atau terlibat dalam mana-mana projek MRCB atau projek sub-kontraktor MRCB ke?

Dia buat semua kerja ini secara PERCUMA atas baik hati dia sahaja ke?

P.S. Oleh sebab Pak Kadir tak mengaku Towkay MRCB dan hanya mengaku dia proksi sahaja maka kita tak boleh gelar dia sebagai Towkay MRCB lagi.



Kita cuma boleh gelar dia sebagai Proksi MRCB atau Proksi PM4/7.

NOTA TAMBAHAN: Kerja-kerja kroni-kroni dan proksi-proksi yang melibatkan kontrak-kontrak kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion diberi kepada syarikat milik swasta hanya berlaku pada zaman PM4/7 dan bakal PM5 masa itu.

Sepanjang masa saya, perkara-perkara seperti ini tak berlaku kerana kroni saya adalah Rakyat dan kebanyakan projek-projek kerajaan diberi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan atau milik tabung-tabung amanah Rakyat seperti KWSP, ASB. KWAP, Tabung Haji supaya dividen setiap tahun tinggi masa saya PM.

Sebab itu, ramai proksi-proksi dan kroni-kroni #rinduzamantun sangat marah pada saya sepanjang masa saya jadi PM.



 

Sumber: FB Najib Razak

Arikel Berkaitan: Pak Kadiaq Melayu Paling Kaya Tahun 90an? Duit mai mana?

Arikel Berkaitan: Bila Pak Kadiaq Nak Jawab? Dimana “Kejantanan” Tokoh Wartawan Negara?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker