Zizan teman kayuh basikal – Hawa

Share

Akui Zizan Sering Teman Kayuh Basikal. Hawa jelaskan status hubungan mereka.

Mengakui pelawak dan pelakon Zizan Razak merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah, namun personaliti TV, Hawa Rizwana berkata hubungannya bersama Zizan hanyalah sekadar kenalan rapat.

Hawa berkata hubungan persahabatannya dengan Zizan menjadi lebih erat sejak melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama. Ujarnya sebelum ini kebetulan bertemu apabila ada acara bersama, tetapi kini lebih kerap kerana dalam kumpulan berbasikal yang sama.

“Saya dan Zizan hanya kawan dan kenalan rapat. Kalau dulu selalu berjumpa apabila kebetulan ada acara bersama. Tapi sekarang kerap sikit sebab kami berada dalam kelompok kumpulan berbasikal yang sama.

“Kebetulan pula instruktor kami pun kayuh sekali jadi ia secara tidak langsung menggabungkan macam-macam pasukan berbasikal serentak, semua dah macam keluarga besar,” katanya kepada Astro Gempak.

Tidak mahu berlaku salah faham mengenai hubungannya dengan Zizan, Hawa menegaskan dirinya masih belum berpunya malah belum terfikir lagi untuk mencari pasangan hidup.

“Saya baru berusia 25 tahun dan perjalanan karier saya masih jauh. Jadi fokus saya untuk keluarga terlebih dahulu sampai betul-betul stabil,” katanya.

Sebelum ini, tindakan Hawa dan Zizan dilihat sering berbalas komen di akaun masing-masing menjadi perhatian netizen. Malah, kedua-duanya juga kini lebih sering dilihat bersama terutama ketika hujung minggu.

Zizan pernah try Hawa

SETIAP kali diajukan soalan mengenai jodoh, pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengelak untuk berbicara mengenainya.

Kali ini jawapan pelakon Polis Evo itu kelihatan lebih kreatif apabila menjadikan wartawan dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan turut sama menghulurkan mikrofon kepadanya.

“Kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai?

“Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara,” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa.

Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 dan sekarang di TV3 Bulletin Utama jam 8 malam.

Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa. Bapanya ialah bekas pengacara TV terkenal, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

MB

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!