PRK N.23 Chini: Rakyat Akan Pertahankan Kemenangan BN Dengan Cemerlang!

Alhamdulilah 14 hari yang diperuntukkan oleh undang – undang untuk berkempen telah berlalu. Segala apa yang terdaya telah dilakukan. Segala komitmen, usaha dan kerja kuat BN telah pun terbukti sebelum ini. Segala kegagalan pambangkang “baru yang lama” telah pun dirasai deritanya selama 22 bulan lamanya.

Kini bukan masa untuk menoleh kebelakang lagi. Bumi Chini memerlukan suara bukan sahaja jelas tapi kuat agar boleh memberikan badai amaran kepada Pakatan Harapan agar terus mati lenyap dari area politik kedurjanaan mereka yang meracuni rakyat selama ini.

Rakyat Chini perlu bangkit memilih Wakil Rakyat yang benar – benar menjuarai untung nasib mereka agar terbela.

Siapakah wakil rakyat DUN Chini yang mampu memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan rakyat?

Siapakah wakil rakyat DUN Chini yang mampu membawa isu dan suara rakyat ke DUN Pahang dan pentas politik negeri?

Siapakah wakil rakyat DUN Chini yang mampu merealisasikan pembangunan di sini?

Ayuh kepada semua penduduk Chini dan warga Chini yang tinggal di daerah atau negeri lain.

Pulanglah ke kampung. Keluarlah kita semua. Ayuh bersama-sama kita ke pusat mengundi.

Berikanlah mesej yang jelas kepada PH yang rakyat mahu melenyapkan mereka

Bahawa RAKYAT patut menjadi keutamaan.

Bahawa RAKYAT mahukan kestabilan.

Bahawa RAKYAT pentingkan pembangunan.

Bukan pergolakan kuasa dan agenda peribadi pemimpin mereka.

Berikanlah mesej keyakinan kepada Barisan Nasional.

Undilah Barisan Nasional.

Demi Rakyat dan Masa Depan Negara!

Hidup BN Hidup MN Bersama Perikatan Nasional!

Dengan izinNYa. Insyallah milik kta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker