Presiden AKAR selar laporan secara cuai & semberono dalam kes Yayasan AkalBudi

Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar) saudara Ab Jalil Backer menyelar laporan media yang cuai dan semberono dalam melaporkan kes Yayasan AkalBudi (YAB) yang melibatkan mantan Timbaan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Status yang dimuat naik dia laman FB peribadi beliau sebentar tadi itu turut menekankan bahawa Trustee atau Pemegang Amanah dalam konteks yayasan merujuk kepada pihak yang menubuhkan atau menguruskan sesebuah Yayasan.

Dalam kes Yayasan AkalBudi (YAB), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melantik firma undang-undang Tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah bagi menguruskan transaksi kewangan dan perakaunan YAB.

Tetuan Lewis an Co ini bukan menjaga YAB sahaja. Mereka firma guaman yang mempunyai pelbagai pelanggan (client).

Jadi menurut beliau adalah sangat tidak munasabah untuk media melaporkan kenyataan saksi dalam perbicaraan Zahid dengan tajuk “Cek RM1 juta dikeluarkan kepada pemegang amanah Yayasan Akalbudi”.

Dalam perbicaraan semalam saksi yang membayar Lewis and Co menafikan mereka mengenali Zahid. Malah menyatakan tujuan pembayaran cek tersebut adalah untuk mengatasi masalah gangsterism dalam salah satu projek pembinaan jambatan mereka di Klang.

Justeru tajuk sepatutnya untuk media ialah “Saksi nafi beri wang kepada Zahid” atau “Wang diberi kepada Tetuan Lewis and Co bukannya Yayasan Akal Budi.”

Demikianlah apabila media melaporkan secara cuai dan dan semberono tanpa mengambil kira keadilan.

Sumber : Ab Jalil Backer

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker