COVID-19: Angka korban dunia lebih 522,000

PARIS: Sekurang-kurangnya 522,246 kes maut akibat COVID-19 direkodkan di seluruh dunia sejak virus itu dilaporkan di China, Disember lalu.

Turut dianggarkan sekurang-kurangnya 10,922,300 kes jangkitan dilaporkan di 196 negara dan wilayah dengan 5,619,700 disahkan pulih.

Anggaran berdasarkan data dikumpul AFP daripada maklumat pihak berkuasa negara-negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia mungkin tidak mencerminkan jumlah sebenar berikutan kebanyakan negara hanya menjalankan ujian saringan terhadap kes bergejala dan serius.

Amerika Syarikat (AS) terus mengungguli jumlah kes tertinggi apabila merekodkan 128,740 kematian daripada 2,739,879 kes. Sekurang-kurangnya 781,970 disahkan sembuh daripada jangkitan.

Brazil juga kekal sebagai negara kedua paling terkesan dengan 61,884 kematian daripada 1,496,858 kes; diikuti United Kingdom (UK) (44,131 kematian daripada 284,276 kes); Itali (34,833 kematian daripada 241,184 kes) dan Perancis (29,893 kematian daripada 203,367 kes).

Bagaimanapun, Belgium muncul negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi berbanding populasi penduduknya iaitu 84 kematian per 100,000 penduduk, diikuti UK (65), Sepanyol (61), Itali (58) dan Sweden 54. – AFP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker