Kubur ‘pesakit’ COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif

Bandung : Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu.

Detik News melaporkan, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dikebumikan di kawasan itu.

Mengikut amalan berkenaan, mayat dan keranda akan dibalut menggunakan plastik, manakala pekerja pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan, topeng muka dan baju khas.

Sekretari Dinas Tata Ruang (Distaru) Bandung, Agus Hidayat berkata, kerajaan bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur berkenaan ke Subang dan Sumedan, Indonesia atas permintaan ahli keluarga mereka selepas ujian swab mendapati mereka negatif COVID-19.

Beliau juga mendedahkan ada di antara kubur yang digali semula oleh ahli keluarga selepas keputusan ujian keluar.

“Selagi ujian mengesahkan mereka negatif (COVID-19), kita benarkan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Agus, ketika jenazah itu dikebumikan keputusan ujian swab belum keluar dan kerajaan terpaksa mengebumikan jenazah itu seperti pesakit COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau memberitahu, kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung dikebumikan di tanah perkuburan Cikadut di Bandung.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker