Kes Terowong: Zairil dan Ramasamy disiasat SPRM.

SPRM siasat exco Pulau Pinang

SPRM hari ini merakam kenyataan dua anggota kabinet Pulau Pinang, iaitu Zairil Khir Johari dan P Ramasamy.

Tujuh pegawai suruhanjaya itu berbuat demikian di pusat pentadbiran kerajaan di Komtar.

Kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan timbalannya Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dijangka dirakam pada sebelah petang.



Difahamkan siasatan itu mempunyai kaitan dengan penangkapan pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam.

Chew dipercayai disiasat berhubung dakwaan rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Pada 2018, SPRM membuka kembali siasatan yang digugurkan pada 2018 itu susulan penemuan “bukti baru”.

Sejak 2011, projek itu kini masih dalam peringkat perancangan.



Chew ketika itu bertugas sebagai pegawai khas ketua menteri ketika itu Lim Guan Eng.

Mkini

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker