DAP Terus Menipu Rakyat Tanpa Rasa Malu

Share

Saya beri bukti bahawa DAP fikir Raykat dan penyokong mereka adalah masih mudah ditipu dan hanya baca tajuk berita sahaja.

Antara 5 “fakta” yang diberi dan disebar secara meluas oleh DAP ialah fakta 3.

DAP kata “Pada Mac 2019, blogger pro-BN Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah membuat FITNAH berdasarkan DOKUMEN PALSU tentang projek tersebut. SPRM ketika itu telah membuat laporan polis terhadap RPK.”

Ini posting DAP sendiri: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158289870619192

Lalu DAP pun sertakan link kepada artikel Mkini sebagai “bukti” untuk fakta 3 mereka:

https://www.malaysiakini.com/news/466258

Jika penyokong mereka bijak, mereka akan buka link Mkini yang diberi DAP dan perenggan pertama sahaja artikel tersebut dah kantoikan penipuan DAP:

“SPRM membuat laporan polis susulan KEBOCORAN KERTAS SIASATAN pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.”

SPRM buat laporan polis terhadap RPK kerana kertas siasatan terowong mereka terbocor – bukan kerana RPK mengeluarkan dokumen palsu seperti ditipu DAP.

Itu dari perenggan pertama artikel Mkini yang diberi DAP sendiri sebagai bukti “Fakta 3” mereka.

Pada hari yang sama DAP keluarkan “5 fakta” menipu, sumber SPRM sudah sangkal.

“Sumber itu berkata, laporan itu bukannya berkaitan dokumen palsu, tetapi disebabkan “kebocoran bukti.

“Ini menyusul DAP Pulau Pinang hari ini mendakwa SPRM membuat laporan terhadap Raja Petra pada Mac 2019 selepas blogger itu memuat naik “dokumen palsu dengan dakwaan tidak berasas” berkaitan projek terbabit.”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/laporan-polis-ke-atas-…/

Terang lagi bersuluh DAP menipu Rakyat tanpa sebarang rasa malu.

Tapi tak apa, Raykat dan penyokong PH akan percaya bulat-bulat.

Sumber : FB Najib Razak

Artikel Berkaitan: Cubaan Guan Eng “Melembukan” Rakyat Dikantoikan oleh Bossku

Artikel Berkaitan: Guan Eng “Melembukan” Rakyat Lagi, Bossku SMASH Lagi!

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!