Tidak mustahil AS rekod 100,000 kes Covid-19 sehari



Sebaran :

Penyelidik penyakit utama, Dr Anthony Fauci memberitahu Senat Amerika Syarikat beliau tidak akan terkejut jika kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencapai 100,000 setiap hari.

“Jelas sekali keadaan tidak terkawal sekarang,” katanya.

Ini kerana penduduk AS tidak memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial.



Ketika memberi keterangan, Fauci berkata, kira-kira separuh daripada semua kes baru datang dari empat negeri.

Fauci memberi keterangan kepada Senat sebelum keputusan untuk membuka sekolah diputuskan semula.

Sebelumnya, Gabenor New York memaklumkan penduduk Amerika mesti dikuarantin jika mereka mengunjungi negeri itu.



Pada hari Selasa kes jangkitan Covid-19 melonjak lebih daripada 40,000 kes sehari sebanyak empat kali dalam tempoh lima hari.

Lonjakan berlaku di negeri selatan dan barat, memaksa sekurang-kurangnya 16 negeri menghenti atau membatalkan rancangan pembukaan semula ekonomi, menurut CNN.

Florida, Arizona, Texas dan California adalah empat negeri yang dirujuk oleh Dr Fauci sebagai yang paling banyak dilanda jangkitan Covid-19.



Pada hari Selasa, Gabenor New York, Andrew Cuomo meluaskan senarai rakyat AS untuk dikuarantin selama 14 hari selepas melawat negeri ini.

Terdapat 16 negeri dalam senarai itu.

Ia termasuk California, Georgia, Iowa, Idaho, Louisiana, Mississippi, Nevada, Tennessee, Alabama, Arkansas, Arizona, Florida, North Carolina, South Carolina, Texas dan Utah.



Arahan itu membabitkan 48% penduduk AS. – MalaysiaGazette


Sebaran :


Leave a Reply