Jata Negara : PN besarkan isu remeh, kata pemimpin Dap.

oleh Lau Chin Kok

JATA NEGARA LAMBANG KEDAULATAN NEGARA

SIMBOL atau lambang negara seperti bendera, jatanegara dan banyak lagi adalah jati diri negara yang perlu dihormati dan dipertahan. Ia menandakan identiti negara yang kita ingin kenali. Ia perlu dihormati oleh bukan sahaja rakyat negara kita tetapi juga orang luar kerana ia merupakan lambang kepada kedaulatan negara.

Hari ini rakyat Malaysia berasa amat lega apabila KDN telah mengharamkan buku yang menghina Jata Negara. Buku yang menggunakan Jata Negara yang diubahsuai, Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia diharamkan Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa semalam.

Walaupun penerbit buku tersebut, Chong Ton Sin telah memohon maaf berkenaan isu ini tetapi hati rakyat Malaysia sudah terluka. Lambang Jata Negara adalah maruah negara kita, menghinanya adalah seperti menghina kedaulatan negara sendiri.

Dan apa yang lebih menyedihkan dan menyakitkan hati, ada juga pemimpin politik menggunakan isu ini sebagai bahan politik kotor mereka untuk meraih sokongan.

ADUN DAP Tanah Rata, ADUN DAP Tanah Rata, Pahang, Chiong Yoke Kong mengecam pihak polis kerana menyiasat kes hina Jata Negara dan menuduh kerajaan PN sengaja mencari pasal membesarkan isu remeh, dan mengekang kebebasan berkarya dan percakapan orang ramai.

Kenyataan Chiong Yoke Kong di sini:

FB The Rocket (B.Cina): https://www.facebook.com/therocket.zh/posts/3029578780483575

Laman The Rocket (B.Cina):

国盟政府小题大作 艺术创作上纲上线

Jelas sekali pemimpin DAP ini cuba menghasut rakyat bersikap biadap terhadap lambang martabat negara, Jata Negara. Ini sesuatu yang Kita tidak boleh terima sama sekali. Langsung tiada rasa kekesalan melakukan kesalahan.

Sebagai rakyat yang cintakan negara ini, kita mahukan kerajaan bertindak tegas dan mengheret pelaku ini kemuka pengadilan. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak perpaduan rakyat seluruh negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker