Skandal TH: Jual Below Market, Hutang Write off? Kerja Siapa?

Share

KISAH RM247 JUTA

Pada awal tahun ini, kita telah dikejutkan dengan kisah bagaimana anak syarikat Tabung Haji telah menjual sebahagian ladang-ladang aset umat Islam kepada sebuah syarikat non bumi di bawah harga penilaian (RM170 juta)

Saya fikir itu adalah perkara paling merepek. Tetapi rupanya tidak. Ada benda yang lebih mengejutkan bila saya membuat kajian lebih lanjut. Ia melibatkan penghapusan hutang bernilai RM247 juta. Kisahnya begini:


1. Tabung Haji mempunyai sebuah anak syarikat iaitu Tabung Haji Plantations Bhd (THP) yang terlibat dalam industri perladangan. THP pula mempunyai beberapa anak syarikat lain termasuk THP Suria Mekar Sdn Bhd (THPSM) dan Bumi Suria Ventures (BSV) yang dah diumum untuk dijual kepada syarikat non bumi.

2. BSV sebenarnya mempunyai hutang sebanyak RM247 juta kepada THPSM melalui langganan sukuk. Wang ini datang daripada Tabung Haji.

3. Apabila penjualan BSV dibawah harga penilaian kepada syarikat non bumi (Tamaco) diumumkan, saya beranggapan hutang tersebut akan ditanggung oleh pemilik baru berdasarkan perenggan pada mukasurat 1 pengumuman. (Lihat gambar)


 

4. Maknanya kerugian Tabung Haji pada penjualan tersebut sepatutnya hanya sekadar sekitar RM110juta. Ini mengambilkira perbezaan harga jualan (RM170 juta) dan harga penilaian jurunilaibebas (RM280juta)

5. NO!! Saya salah.

6. Pada muka surat ke 10, terang-terang ditulis bahawa hutang RM247 juta ini akan DIHAPUS KIRA (WRITE -OFF) apabila penjualan ini berlaku.


7. Maknanya bukan sahaja kita jual dengan harga yang RM110 juta lebih murah daripada penilaian pasaran, kita juga tidak akan mendapat semula RM247 juta yang telah dipinjamkan kepada BSV.

8. Amboi sedapnya. Siapa Tamaco ni? Dah la dapat harga murah, tak payah bayar hutang pula.

9. Lebih penting, kenapa pada ms 1 ditulis hutang tersebut akan di-assigned kepada pembeli tetapi pada ms 10 pula ditulis akan di write-off? Bodoh atau sengaja nak mengelirukan rakyat?

10. Sebab itu Tuntutan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji adalah satu kewajipan kerajaan hari ini. RCI mempunyai bidang kuasa tidak terhad untuk menentukan sama ada apa yang berlaku adalah jenayah kerajaan BN atau kejahatan kerajaan PH atau ada orang bodoh yang tak reti buat kerja.

Saya belum habis. Ada lagi ?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Artikel Berkaitan: Disebalik Penjualan Pegangan TH Dalam Abraj Dibawah Harga, Siapa Yang Dapat Untung?

Leave a Reply