#PrkDunChini : Gandingan mantap jentera Perikatan Nasional – Najib

Share

Amat unik PRK Chini. Berbeza sekali dengan PRK-PRK sebelum ini.

Ya, kempen PRK Chini semakin hangat.

Kini, kedua-dua jentera Barisan Nasional dan PAS telah masuk ‘gear lima’.

Kali ini, pemimpin-pemimpin PPBM turut memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional dan bersama-sama menyumbang tenaga dan masa.

Presiden dan Pemangku Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah juga mengerahkan jentera dan akar umbi partinya di Pekan bagi memastikan kemenangan PRK Chini milik Barisan Nasional.

Saya menerima baik dan menyampaikan penghargaan saya dan jentera PRK Chini kepada Tan Sri Muhyiddin, pemimpin-pemimpin kanan dan ahli-ahli PPBM yang berjuang bersama kita.

Malah sepanjang seminggu lebih kita berkempen di PRK Chini, saya dapat melihat sendiri gandingan BN, PAS termasuklah PPBM.

BN, PAS, PPBM. Kukuh jentera PRK Chini.

Dengan sokongan padu daripada semua pihak dan rakyat.

Insya-Allah, saya yakin PRK Chini ini akan memberikan satu kemenangan rakyat pada 4 Julai ini.

Naik turun, susah senang, kami Barisan Nasional tetap ada bersama rakyat.

Tidak pernah selangkah kami meninggalkan perjuangan rakyat.

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat.

Dari FB Najib Razak.

(Visited 254 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!