ORANG CINA MULA TOLAK DAP

oleh Lau Chin Kok

Setelah berada di kedudukan yang selesa sebagai kerajaan, satu-persatu sikap DAP ‘dibogelkan’. Ia bukan dibuat akibat khianat pihak ketiga, tetapi dilakukan oleh mereka sendiri.

Tanpa mereka sedar, ‘belang’ mereka semakin diketahui oleh rakyat pelbagai kaum. Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PH ketika mentadbir kerana tindak-tanduk mereka tidak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar ingin mempertahankan hak rakyat, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing.

Masing-masing mempunyai ‘niat’ tersembunyi apabila sudah menjadi kerajaan. Mereka lupa diri, lupa daratan dan seronok berada di kayangan…

Keyakinan terhadap PH khususnya DAP mula tercalar apabila BN menang pada PRK Parlimen Cameron Highlands dengan meraih 12,038 undi (meningkat 1,731 undi) menewaskan calon PH daripada DAP, M. Manogaran yang menerima 8,800 undi (susut 910 undi)

https://www.bharian.com.my/…/prk-cameron-highlands-bn-tamba…

Masih ingat dengan insiden Lim Kit Siang yang ‘disekolahkan’ penduduk Cameron Highlands semasa berkempen di sana? Jom tengok video ini untuk kembalikan memori itu.

https://youtu.be/bebQWBjWYNU

Melalui video tersebut, Penasihat DAP itu bersama calonnya, Manogaran telah disindir oleh pengunjung restoran di hotel dekat Brinchang yang mendakwa PH menipu rakyat. Mereka turut mengingatkan Kit Siang bahawa Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh.

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk menang di PRK Cameron Highlands, Kit Siang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang. Kit Siang lupa Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh di Malaysia.

https://www.sinarharian.com.my/…/Wahai-Kit-Siang-Orang-Asli…

PH semakin tercabar apabila BN berjaya menewaskan mereka pada empat PRK lain. Bagi DAP, kredibiliti mereka pastinya semakin tergugat apabila BN menerusi calonnya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berjaya tawan semula Tanjung Piai dengan majoriti yang besar.

Kemenangan Jeck Seng daripada MCA ini pastinya membuka mata DAP bahawa rakyat menerima calon dari parti yang berwibawa dan bukan calon dari parti yang hanya pandai berkata-kata sahaja.

https://umno-online.my/…/prk-tg-piai-bn-menang-besar-ph-te…/

Antara PRK lain yang dimenangi oleh BN selepas PRU14 sekaligus membuktikan rakyat menolak PH/ DAP ialah :-

1. BN berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas meraih 19,780 undi.
https://www.bharian.com.my/…/5…/bn-tawan-semula-dun-semenyih

2. BN catat kemenangan hatrik di Rantau
https://www.malaysiakini.com/news/472161

3. Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar
https://www.sinarharian.com.my/…/Kimanis-kekal-milik-BN-maj…

Selepas kekalahan PH di PRK Tanjung Piai, Setiausaha Agung DAP (sama taraf jawatan Presiden) Lim Guan Eng menyedari bahawa masyarakat Cina mula menolak DAP. Guan Eng yang ketika itu menjadi Menteri Kewayangan, tiba-tiba mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta setahun dalam tabung amanah yang dikendalikan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).

(Untuk makluman, TAA adalah persatuan pro Guan Eng. TAA bukanlah pemilik sah TAR UC.)

https://www.bharian.com.my/…/dana-rm30-juta-kendalian-taa-u…

Pelik. Sebelum ini, dalam Bajet 2020, Guan Eng mengurangkan peruntukan untuk TAR UC yang diasaskan MCA daripada RM5.5 juta kepada RM1 juta. Guan Eng kata lagi kerajaan boleh memberi RM30 juta kepada institusi itu jika MCA melepaskan pemilikannya terhadap TAR UC.

Tapi lepas dah kalah di Tanjung Piai, terus berubah fikiran. Baru dia tahu, pengundi Cina telah beralih undi daripada PH.

https://www.malaysiakini.com/news/501089

Cukup-cukuplah tu DAP. Rakyat dah nampak permainan kamu.

Bukan saja masyarakat Melayu, tetapi masyarakat Cina, India, Orang Asli dan seluruh etnik di negara ini sudah mula mengenali wajah sebenar kamu, DAP!

Terima kasih kerana mengikuti artikel bersiri ini. Nantikan siri terakhir Kenali DAP ini dengan tajuk, “Sudah Serik Sokong DAP”.

Sudah baca ke belum? :

BAGAIMANA DAP BERJAYA TAWAN MALAYSIA PRU14

KERAKUSAN DAP BILA MENDAPAT KUASA

DAP KUAT ‘WAYANG’, KAKI ‘U-TURN’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker