Afdlin Shauki sudah berkahwin?

Afdlin Shauki sudah berkahwin?

MASIH mengunci mulut mengenai khabar angin dia berkahwin, pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki memberitahu dia tetap akan berkongsi berita gembira pada 1 Ogos nanti.

Tiada niat untuk merahsiakan perkara itu, Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.

“Benda baik ini, saya akan kongsikan dengan baik kepada semua orang… Insya-Allah. Memang perkara ini melibatkan peribadi saya.

“Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan kongsikan. Mungkin juga akan awal sikit dalam hujung bulan Julai ini.

“Nanti saya akan beritahu sama ada saya buat sidang media atau saya ajak ke majlis terus. Bukan nak rahsiakan perkara yang baik.

“Saya adalah orang yang menghormati bekas isteri saya dan dia pun dah tahu semua… sebab itu tak uar-uarkan.

“Saya pun masih hormat dia sebagai bekas isteri,” katanya.

Afdlin ditemui ketika malam final Mega Spontan 2023 yang berlangsung di Dewan UPM, Bangi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Afdlin meluahkan rasa syukur apabila kesemua anak-anaknya menerima secara baik segala keputusan yang dibuat oleh dia dan bekas isteri.

“Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Anak-anak saya dibesarkan untuk melihat ibu bapa mereka gembira. Masa kita bercerai pun, ada berborak dengan anak-anak.

“Mereka nak ibu bapa gembira, jadi kalau perceraian itu dapat beri sedikit kegembiraan dalam hidup… carry on. Mungkin ada sikit terasa tu ada, tapi mereka okey tentang kami bercerai.

“Sebab kami pun bukan buat keputusan yang mengejut, tapi semuanya kami berbincang dengan anak-anak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tindakan pelakon filem Buli itu memuat naik foto seorang wanita di Instagram miliknya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

Ada sesetengah membuat anggapan pelakon itu sudah berkahwin dengan wanita tersebut apabila ruang komen foto itu ramai mengucapkan tahniah serta memanggilnya dengan gelaran Datin.

Afdlin dan bekas isteri, Christina Orow Abdullah telah membuat keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

Hasil perkahwinan sejak mendirikan rumah tangga pada 1997, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Gempak

Afdlin Shauki sudah berkahwin?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker