Video solidariti Muhyiddin: Pemilik lagu bidas Mas Ermieyati rembat lagu tanpa kebenaran

 

Ahli parlimen Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin merembat runut bunyi filem Imaginur sebagai lagu latar video solidariti terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin.

Penyanyi Amir Jahari, dia tidak mahu Hasrat digunakan untuk tujuan atau agenda politik.

“Aku tak izinkan kau guna lagu aku,” ciapnya di Twitter.

Untuk rekod, Hasrat adalah ciptaan sepenuhnya Amir yang diinspirasikan oleh intipati dalam Imaginur yang dibintangi pelakon terkenal, Beto Kusyairy dan Diana Danielle.

Filem itu mula ditayangkan di pawagam tanah air sejak 23 Feb lalu.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar wang jaminan RM2 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Selain itu Pesiden Bersatu itu juga dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Isnin depan.

Menurut Amir, sekiranya Mas Ermieyati tetap berdegil, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu perlu menjawab di akhirat kelak.

“Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan. Pandai-pandai kau jawab dalam kubur nanti,” katanya.

Mas Ermieyati mohon maaf

Sementara itu, Mas Ermieyati Samsudin memohon maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, naib ketua Srikandi Bersatu itu menjelaskan dia sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di Kuala Lumpur.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker