Biar betul Tun M!

Share

Habis terkejut semua orang apabila Tun mantan Perdana Menteri namakan Tuk Seri Mohd Shafie Afdal sebagai calon Perdana Menteri jikalau PH Plus menang PRU15. Bukanlah Awang mempersoalkan kebolehan Shafie. Beliau ahli politik veteran yang dah lebih 30 tahun bergelumang dalam politik, enam penggal jadi ahli Parlimen dan pernah kerja di tujuh kementerian.

Beliau juga buat sejarah sebagai pemimpin UMNO Sabah pertama yang pernah menang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden. Pendeknya, Shafie bukan sembarangan orang. Beliau juga yang berani menentang Tuk Seri Bossku Najib atas dasar prinsip dalam kes 1MDB.

Awang tak mahu soalkan sama ada Shafie ini ‘PM material’ kata orang putih. Itu kita serah pada rakyat menilai. Awang pun rasa, Tun mantan Perdana Menteri tak sebut nama itu begitu sahaja. Beliau tentu ada muslihat dan perancangan di sebaliknya.

Tun mantan Perdana Menteri banyak trick dalam politik. Dalam hal ini kita tak tahu apa yang beliau fikirkan. Cuma Awang nak ingatkan, untuk menghadapi PRU15 dan untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang tak mudah. Maka itu calon PM amat penting.Awang rasa pelik kenapa Tun mantan Perdana Menteri tak mahu letak nama Tuk Seri Anwar sebagai calon PM. Sebaliknya Anwar dicadangkan jadi salah seorang Timbalan Perdana Menteri bersama anaknya, Tuk Seri Mukhriz.

SH

(Visited 11,396 times, 6 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!