Lebih 1,000 lagi ahli Warisan keluar parti.

SANDAKAN, 30 Jun — Lebih 1,000 lagi ahli Parti Warisan Sabah daripada 12 cawangan di kawasan Parlimen Libaran hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

Nolokman Tamal, yang sebelum ini Ketua Warisan Cawangan Kampung Sri Ujung 2, yang mengetuai kumpulan itu, berkata kebanyakan daripada 1,320 ahli itu adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

“Keputusan kami adalah atas kerelaan kami sendiri dan tanpa paksaan.

“Kami juga ingin menyatakan sokongan kami terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Tan Sri Musa Aman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga,” katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman itu di sini, hari ini.

Nolokman berkata daripada jumlah yang keluar hari ini, seramai 1,250 ahli daripada 11 cawangan di DUN Sungai Sibuga dan 70 ahli daripada satu cawangan di DUN Gum-Gum.

Pada 26 Jun lepas, lebih 1,000 ahli daripada 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.

— BERNAMA

1,000 Ahli Parti Warisan Sabah Umum Keluar Parti

Giliran 600 ahli WARISAN pulak keluar parti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker