Empat pemancing maut, empat hilang

Share

“MEREKA kelihatan teruja, bersemangat nak turun ke laut, malah dah buat persiapan sejak seminggu lalu untuk memancing dan mencandat sotong,” kata Sufri Daud,60.

Sufri berkata, daripada 20 pemancing yang menaiki bot berkenaan, separuh daripadanya adalah ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas.

Katanya, ini termasuk adiknya, Harun Daud, 58 yang masih hilang di laut bersama tiga lagi pemancing.
–– ADVERTISEMENT ––

Sufri berkata, dia juga sepatutnya menyertai kumpulan itu namun membatalkan hasrat kerana memikirkan kesihatan diri.

“Adik (Harun) pun ada melahirkan hasrat tak mahu pergi (turun ke laut) sebab ada anaknya balik kampung, tapi dipujuk rakan-rakan dan dia teruskan niat nak pergi memancing dan candat sotong.

“Setahu saya, adik jarang turun ke laut, kalau ada pun dua kali setahun sahaja, kalau memancing pun di kawasan kuala berdekatan, rakan-rakan yang ikuti kumpulan ini juga kebanyakkannya pertama kali ke laut,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Petah, di Bachok, awal pagi tadi.

Sufri berkata, dia juga sempat makan tengah hari bersama dua anak sepupunya, iaitu Muhammad Zaki Muhammad Nordin,32,dan Mohd Syafizan Daud,40-an yang meninggal dunia dalam kejadian itu sebelum mereka berlepas ke laut di jeti Kuala Besar pada 3 petang.

Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa kumpulan itu pada 12.30 tengah malam apabila dihubungi anak saudara.

“Mereka rancang nak berada di laut semalaman dan sepatutnya pulang pagi ini, namun keluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan berharap adik dan tiga lagi mangsa dijumpai,” katanya.

Dalam kejadian 8.30 malam tadi, empat pemancing maut, empat lagi hilang dan 12 mangsa selamat apabila bot rekreasi laut yang membawa pelancong terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di Bachok

Mangsa maut adalah Mohamad Zaki; Mohd Syafizan; Wan Aminuddin Wan Hussin, 60-an dan juragan bot warganegara Thailand dikenali dengan nama Pokta,50-an.

Mangsa hilang pula termasuk Harun, Che Wadi Bakar,40-an; Arman Ismail, 43 dan Syafiq Abdul Halim, 30.

HM

(Visited 239 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!