Warga emas durjana rogol anak tiri lebih 50 kali hingga hamil

Seorang lelaki warga emas ditahan kerana merogol anak tirinya yang berusia bawah umur lebih 50 kali selama dua tahun, sehingga menyebabkan mangsa hamil.

Detik News melaporkan helah lelaki itu terbongkar selepas didesak ibu kandung mangsa berulang kali selepas curiga melihat perubahan pada fizikal anaknya.

Ketua Polis Banyuwangi, Komisioner Arman Asmara Syarifudin berkata, mangsa kemudiannya mengaku yang dia dijadikan sebagai tempat melampias nafsu serakah bapa tirinya sejak menamatkan sekolah dasar (SD) pada 2017.

Mangsa, katanya turut mendedahkan yang ketika pertama kali menjadi mangsa, suspek mengugutnya supaya tidak menceritakan insiden itu kepada sesiapa.

“Mangsa memaklumkan yang insiden itu selalu berlaku pada awal pagi ketika ibunya sedang tidur,” katanya di sini pada Sabtu

Mengulas lanjut Arman menambah, bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, polis menahan suspek yang berusia 61 tahun.

“Ketika keterangan direkodkan, suspek mengaku dia tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya dua kali seminggu,” katanya.

Malah katanya, suspek turut mengaku yang dia mengambil ubat penguat tenaga batin ketika melakukan persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung kepada anak tirinya.

Beliau memberitahu, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17 Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker