Setelah lebih 6 bulan dan 10 juta kes, ini apa yang diketahui tentang COVID-19

Dalam tempoh enam bulan sejak COVID-19 melanda dunia, para doktor dan jururawat telah mempelajari banyak perkara tentang penyakit itu.
COVID-19 kini merekodkan angka jangkitan mencecah 10 juta di seluruh dunia dengan lebih 500,000 menjadi korban akibat pandemik itu.

COVID-19: Kes jangkitan cecah 10 juta, angka korban melepasi 500,000

Dalam tempoh enam bulan sejak COVID-19 mengancam dunia, para doktor dan jururawat telah mempelajari banyak perkara tentang penyakit itu.

Menurut laporan Reuters, berikut adalah beberapa perkara yang diketahui para petugas barisan hadapan ketika memerangi COVID-19.
1) Pesakit mempunyai risiko peningkatan pembekuan darah. Penggunaan agen penipisan darah dapat membantu.

2) Meletakkan pesakit dalam posisi meniarap dapat melegakan tekanan terhadap paru-paru, sekali gus mengurangkan keperluan kepada mesin ventilator.

3) Selain sistem pernafasan dan paru-paru, COVID-19 juga menyerang banyak organ lain termasuk jantung, hati, ginjal dan otak.

4) Rawatan yang paling berkesan setakat ini ialah ubat anti-virus remdesivir, steroid dexamethasone untuk merawat tindak balas keradangan badan terhadap COVID-19, serta plasma yang disumbangkan oleh pesakit yang mempunyai antibodi terhadap penyakit itu.

5) Ujian lebih meluas dan keputusan lebih pantas dapat membantu mengurangkan tekanan di hospital.

6) Perkongsian maklumat dalam kalangan profesional kesihatan seluruh dunia sangat penting.

7) Pencegahan adalah sangat penting kerana petugas kesihatan bergantung kepada orang ramai dalam menjaga kebersihan selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Walaupun dunia telah mengharungi pandemik ini lebih enam bulan, namun masih banyak yang belum diketahui tentang virus yang menyebabkan penyakit ini.

PERKARA PENTING YANG TIDAK DIKETAHUI

1) Rawatan paling berkesan untuk merawat COVID-19

2) Kepantasan menyalurkan ubat dan rawatan secara meluas

3) Jangka masa pesakit COVID-19 akan pulih

4) Kesan jangka panjang akibat jangkitan COVID-19

Dunia masih jauh dalam usaha menemukan penawar penyakit COVID-19.

Oleh itu, lakukan peranan anda untuk mencegah dan memastikan diri dan keluarga terpelihara.

Awani

Related Articles

One Comment

  1. Saintis2 sudah meramalkan akan wujudnya virus2 bahaya seumpama SARs, MERScovid dan Covid19 sejak akhir dekad 70-an lagi, seiring dengan pemanasan suhu bumi yang semakin meningkat setiap tahun akibat pelepasan gas beracun karbon monoksida dari asap kenderaan dan industri perkilangan dan penebangan pokok hutan. Kita berkemungkinan besar akan berhadapan dengan virus yang lebih bahaya lagi di masa hadapan seakan-akan ebola atau pun AIDS yang boleh merebak melalui sentuhan atau pun melalui udara jika tiada langkah menangani pencemaran udara dibuat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker