Nikmat kenyang berdasar iman dan takwa

ALLAH SWT mengurniakan pelbagai nikmat untuk hamba-Nya dan salah satu nikmat yang pasti dirasai setiap orang adalah kenikmatan kenyang.

Namun, seseorang manusia itu hendaklah menjaga perutnya daripada memakan bahan makanan yang haram atau menikmati makanan dalam keadaan terlalu kenyang kerana perkara itu akan menjadikan kita malas untuk beribadat kepada Allah SWT. Adalah dituntut syarak mengelakkan makan terlalu kenyang kerana akan mengakibatkan:

1. Hati menjadi keras.

2. Menimbulkan keinginan segala anggota badan melakukan sesuatu sia-sia atau tidak baik.

3. Menumpulkan kecerdikan dan mengakibatkan kurang kefahaman dan pengetahuan.

4. Mengurangkan ibadah jika seseorang banyak makan, badannya menjadi malas dan mengantuk.

5. Mengurangkan rasa ‘zauq’ ketika beribadah.

6. Dikhuatiri termakan makanan yang haram atau syubhah.

7. Menyusahkan hati dan memenatkan diri untuk mencari, menyedia dan makan makanan serta sukar untuk menjauhi mudaratnya jika ada.

8. Mengakibatkan sangat sakit ketika meninggal dunia kerana sakit atau susah ketika meninggal menurut kadar kesedapan dunia.

9. Mengurang pahala akhirat.

10. Apa yang dimakan dihisab
di hari kiamat.

(Sumber Minhaj al-Abidi, Imam Ghazali RH)

Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksud: “Seorang yang beriman makan dengan satu perut. Seorang yang kafir makan dengan tujuh perut. Cukuplah anak Adam beberapa suapan makanan yang meluruskan tulang belakangnya. Kalaulah memang mesti juga, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafas.” (Riwayat Asy-Syaikhan)

Imam Ghazali RH turut menasihatkan bermaksud: “Perut yang kenyang daripada yang halal adalah punca segala kecelakaan. Apatah lagi jika dikenyangkan perut itu dengan yang haram?” (Sumber kitab An-Nasha’ih ad-Diniyyah)

Jika diperhalusi sepotong hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud: “Maka sesungguhnya orang terlalu kenyang di dunia, akan terlalu lapar pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Thabarani)

Melihat kepada semua sumber rujukan itu dapat disimpulkan nikmat kenyang ini juga perlu dijaga dan sentiasa berlandaskan iman dan takwa kepada Allah.

Orang memakan terlalu kenyang pastinya akan membawa mudarat bukan saja dia merasa malas untuk melakukan ibadah malah memberi kemudaratan daripada perspektif sains.

Menurut kaca mata sains juga memperkenalkan prinsip penjagaan makanan dan Islam sudah pasti mendahului sains dengan pelbagai peringatan.HM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker