Mukhriz Sebagai TPM II: Setelah Teruk Dikecam, Mahathir Cuba Beli Jiwa dan Raih Simpati

Share

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan untuk anaknya, Mukhriz, dijadikan timbalan perdana menteri dalam usaha PH Plus merampas semula pentadbiran persekutuan, bukan datang daripadanya.

Mahathir juga berkata beliau tiada hak untuk menentang sebarang cadangan berkaitan anaknya demi kepentingan sendiri.

“Cadangan itu tidak datang daripada saya. Dalam kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudah pun disebut.

“Saya dalam keadaan serba salah. Sewaktu saya jadi perdana menteri kali pertama, saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khususnya sebagai ahli parti kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun setelah tidak lagi menjadi perdana menteri, kata Mahathir, beliau tidak lagi menghalang anaknya untuk bergiat aktif dalam politik.

“Tanggungjawab menjaga nama saya (selepas tidak lagi mentadbir negara) tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka bebas untuk berpolitik, jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka, ” katanya lagi.

Nama Mukhriz timbul untuk memegang jawatan itu dalam kombinasi pertama – yang mana Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai dalon perdana menteri – usaha PH Plus merampas semula kerajaan pusat daripada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, cadangan itu tidak dapat diteruskan selepas dibantah oleh Warisan.

Nama Mukhriz sebagai calon timbalan perdana menteri sekali lagi dilaporkan dua hari lalu, ketika Mahathir menyatakan Presiden Warisan Shafie Apdal dinamakan sebagai calon perdana menteri, susulan kebuntuan antaranya dengan Anwar.

Mahathir mendakwa aturan baru itu, yang turut menamakan Anwar dan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri, telah mendapat sokongan Amanah, DAP dan Warisan dalam satu pertemuan tidak rasmi pada 25 Jun lalu.

DAP dan Amanah bagaimanapun berkata mereka perlu berbincang dengan peringkat tertinggi parti masing-masing dan di peringkat PH berhubung cadangan itu terlebih dahulu.

Mahathir berkata terpulang kepada mana-mana pihak sama ada mahu menerima penjelasannya atau tidak.

“Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang ia adalah naluri manusia,” katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan: Mahathir mahu Shafie Apdal jadi PM

Artikel Berkaitan: Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM

Artikel Berkaitan: Shafie sebagai calon PM, Anwar naik angin

 

(Visited 2,798 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!