Mahathir, Anwar orang tua berebut kuasa kata Syed Saddiq?

‘Umum mengetahui bahawa kini yang berebut kuasa di Malaysia secara jelas dan nyata hanyalah Mahathir dan Anwar.

Dan apa yang diciap Syed Saddiq ini hanya boleh dirujuk kepada mereka saja

Berikut adalah artikel dari Awani :

Perlu lebih ramai belia dalam politik, bukan orang tua berebut kuasa’ – Syed Saddiq

Malaysia “memerlukan lebih ramai belia dalam politik, bukannya orang tua yang berebut kuasa.”

Kata-kata itu diungkapkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya pada Ahad malam.

Dalam tweet tersebut, Syed Saddiq turut memetik nama Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin, dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu adalah bukti bahawa wanita muda yang boleh melakukan banyak perkara hebat sekiranya diberi peluang untuk memimpin.

“@yeobeeyin is living proof that a young woman, when given the chance to lead, can do amazing things! It was a pleasure working with her in cabinet.

“We need more Youths in Politics, not oldies fighting for power,” ujar Syed Saddiq.

Selain disertai frasa ‘Muar & Bakri, united’, tweet tersebut turut disertakan tiga keping gambar dirinya bersama Bee Yin serta keluarganya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Ciapan tersebut menerima ratusan komen dan lebih 1,700 tanda suka selepas sejam disiarkan, dengan kebanyakan komen bersetuju dengan Syed Saddiq tentang kuasa generasi muda yang patut diberikan perhatian.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker