Individu pertama tamat kursus ninja

Share

Seorang lelaki menjadi individu pertama berjaya menamatkan kursus teknik pertempuran dan ninja di Universiti Mie, Jepun.

Genichi Mitsuhashi, 45, berjaya menamatkan kursus selama dua tahun itu pada Mac lalu dan antara satu daripada tiga penuntut yang mendaftar kursus itu.

Profesor Fakulti Kemanusiaan universiti itu yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai ejen penyamar era feudal, Yuji Yamada, 53, berkata, Genichi menjadi contoh dan ikutan buat penuntut yang berjaya menamatkan kursus ninja itu.

Genichi berkata, dia menghabiskan masa dua tahun dengan tinggal di sebuah perkampungan di pergunungan di Iga untuk belajar ninja.

Dia yang sebelum ini melanjutkan pengajian dalam pembangunan luar bandar di Universiti Kyoto mula mempelajari seni pertahanan diri seperti kung fu, Shorinji Kempo dan pelbagai lagi sejak di bangku sekolah menengah.

Bagaimanapun, beliau memutuskan ketika berusia 26 tahun untuk meningkatkan kemahiran pertahanan diri dan mula mengikuti kelas di Bujinkan, sebuah gimnasium seni pertahanan diri untuk sekolah teknik ninja Togakushi-ryu.

Universiti Mie mengambil pendekatan serius dalam kajian ninja dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ninja Antarabangsa di Iga pada 2017 dan mula menawarkan kursus seni pertahanan diri itu bermula April 2018.

Genichi yang membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.

Dia mendaftar di Universiti Mie dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana dia menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri.

Dia juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.

HM

(Visited 104 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!