3 kes baru Covid-19, 16 pesakit pulih

Tiga kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 16 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 1 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, daripada 3 kes baru yang dilaporkan, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan warganegara Malaysia.



Manakala, kedua-dua kes penularan dalam negara juga adalah dalam kalangan rakyat negara ini.

“1 adalah kes saringan pra-prosedur bagi rawatan penyakit barah darah yang berlaku di Selangor, dan1 kes lagi saringan di tempat kerja, iaitu di sebuah pasar di Sandakan, Sabah,” katanya.

Setakat ini Malaysia merekodkan 8,637 kes Covid-19. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 182 kes dan sudah diasingkan serta diberi rawatan.

FMT



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker