Najib Senaraikan Ciri – Ciri “Speaker” Yang Baik Menurut Guan Eng

Tadi, Guan Eng buat posting bahawa speaker yang baik tak perlu ditukar.

Sebab itu, saya bantu Guan Eng jelaskan apa sebenarnya maksud speaker yang baik.

Ya, Najib sentiasa sedia membantu.

1. Speaker baik adalah speaker yang anaknya kerja bawah Guan Eng.

2. Speaker yang baik ialah speaker yang haramkan penggunaan laporan berita serta media sosial dalam perbahasan Dewan Rakyat ketika Guan Eng didesak mengenai laporan-laporan kertas siasatan SPRM terowong terbongkar yang mengambarkan pemimpin-pemimpin kanan DAP terlibat dalam rasuah besar.

3. Speaker yang baik ialah speaker yang dua kali tolak usul untuk menghukum Guan Eng selepas laporan PAC membuktikan dia membohong dalam Dewan Rakyat bahawa BN telah rompak duit GST RM19.4 bilion.

 

 

Itulah ciri-ciri speaker yang baik.

Oleh itu, tiada sebab untuk tukar speaker yang baik (kepada Guan Eng).

#speaker

Posting Guan Eng:

 

 

FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker