Liverpool kutuk penyokong sendiri

LIVERPOOL secara terbuka mengkritik sebahagian penyokong mereka kerana kelakuan yang tidak boleh diterima apabila berkumpul di bandar untuk meraikan kejayaan kelab memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama selepas 30 tahun.

Menerusi kenyataan bersama Polis Merseyside dan Dewan Bandaraya Liverpool, kelab mengutuk tindakan penyokong yang tidak menghiraukan arahan penjarakan sosial.

“Bandar ini masih berdepan krisis kesihatan dan kelakuan mereka ini tidak boleh diterima,” kata kenyataan itu.

“Potensi bahaya gelombang kedua Covid-19 masih ada dan kita perlu bekerjasama untuk memastikan tidak melakukan perkara yang sudah berjaya di atasi ketika arahan perintah berkurung.”

Datuk bandar Liverpool, Joe Anderson turut mengutuk tindakan penyokong itu dengan menyatakan mereka mencalarkan imej bandar itu.

Gambar di media sosial menunjukkan bunga api dipasang di bangunan Liver Bird, salah satu daripada bangunan yang dikenali di bandar itu untuk meraikan kejayaan Liverpool.

Sampah sarap pula ditinggalkan di kawasan berkumpul sebelum ia dibersihkan oleh pihak Dewan Bandaraya.

Liverpool mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Khamis lalu selepas satu-satunya pesaing mereka, Manchester City tewas 1-2 di tangan Chelsea sekali gus menyaksikan Reds tidak mampu dicabar lagi.

HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker