Dalang culik bunuh Datuk Seri pernah jadi calon DUN S’gor pada PRU13

Share

Individu disyaki dalang penculikan dan pembunuhan seorang “Datuk Seri” pernah menjadi calon kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Satu sumber mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Dalang yang dikatakan itu, memakai gelaran “Datuk”, adalah salah seorang daripada tujuh suspek yang ditangkap untuk memudahkan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Dia pernah terlibat dalam politik. Dia bekas calon bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri di Selangor pada pilihan raya ke-13,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu enggan memberitahu parti politik mana yang terlibat dan sekiranya dia masih lagi aktif dalam politik.

Difahamkan, niatnya di sebalik penculikan itu adalah untuk mendapatkan kembali wangnya selepas dia melabur di dalam projek hartanah oleh mangsa yang tidak pernah terlaksana.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.

Mereka dibantu oleh dua lagi suspek yang menyamar sebagai polis dan meminta mangsa mengikutnya dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) sekitar jam 10.30 pagi pada hari itu.

Mereka menyembunyikannya di beberapa lokasi termasuk di sebuah rumah teres di Rawang, dan menuntut S$50 juta daripada keluarga mangsa.

Terdahulu, polis Selangor berkata mereka sedang memburu seorang lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau nama timangan ‘El’ untuk memudahkan siasatan.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 20 dan 56 tahun.

Mayat mangsa ditemui di antara pokok renek di Rawang pada pukul 9 pagi semalam.

Mkini

(Visited 2,565 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!