Pru15 boleh jadi 5 bulan lagi – Tok Mat

Share

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua jentera parti supaya bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.

Beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan dalam masa lima bulan akan datang.

Katanya lagi bila tarikh sebenar PRU15 adalah terpulang kepada Perdana Menteri.

“Saya rasa snap election boleh jadi lima, enam bulan, hujung tahun atau awal tahun depan”, katanya lagi.

“Ada pula yang rasa tak selesa. Saya nak bagi semangat kepada kepimpinan dan juga kepada semua jentera supaya bersiap sedia,” katanya dalam siri ceramah di Paloh Hinai, sebentar tadi.

Beliau memberi ceramah bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“BN perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 kerana pemimpin utama kerajaan Perikatan Nasional dipimpin oleh bukan ahli BN,” tambahnya lagi.

“Kita tidak tahu bila, kerana kerajaan ini bukan Perdana Menterinya kita, kita tidak tahu dan sentiasa sahaja kerajaan ini diancam nak diserang hendap,” katanya lagi.

Sebelum ini Mohamad ada menyatakan kerajaan sekarang perlu dibubarkan untuk mendapat mandat baru dari rakyat kerana kerajaan sekarang tidak begitu kukuh dan perlu mendapat mandat yang baik dan diyakini bagi memastikan kemajuan ekonomi negara.

Baca:
Kerajaan tidak stabil, PN harus bubar parlimen – Tok Mat

(Visited 1,108 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!