PAS akan bentang usul percaya terhadap Muhyiddin di parlimen

PAS akan membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dibahaskan dalam sidang parlimen yang akan bermula pada 13 Julai depan, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercyaaan terhadap Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan-kerajaan Negeri.

“Segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Takiyuddin, PAS amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti anggota parlimen apabila dibentangkan nanti.

“Dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat,” jelasnya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker