DUN Chini: PRK terakhir sebelum PRU15?

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) diiringi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (dua kiri) dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain (dua kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Program Perasmian Jentera Gagasan Generasi Baru Muafakat Nasional sempena Pilihan Raya Kecil N.23 Chini di Dewan Dara Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JUN 2020.

CHINI – Selepas menjangkakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan diadakan penghujung tahun ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah pilihan raya terakhir.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rantau berkata, semua parti komponen dalam Muafakat Nasional harus bersiap sedia bagi menghadapi PRU15, kelak.

“PRK Chini boleh kita katakan saya harap PRK terakhir sebelum kita adakan PRU15, ia sebagai latihan kepada jentera parti untuk hadapi PRU nanti,” katanya selepas perasmian jentera Gagasan Generasi Baru Muafakat Nasional di Dewan Dara Bandar Chini.

Ia dirasmikan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker