Ahli perniagaan diculik, dibunuh dan mayat ditemui dalam belukar



Sebaran :

KUALA LUMPUR: Mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dipercayai diculik ketika sedang berjogging di Damansara awal bulan ini ditemui di dalam belukar.

Mayat mangsa yang diculik pada 10 Jun lalu itu ditemui polis di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini hari ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, yang mengesahkan penemuan itu berkata, mangsa lelaki berbangsa India berusia 55 tahun itu ditemui polis dalam kawasan belukar kira-kira jam 9 pagi tadi.



Katanya, polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.

“Kita bersama pasukan jenayah dan forensik sedang mempergiatkan siasatan di sebuah taman perumahan di Sungai Choh, Rawang yang mana berdasarkan siasatan ia dipercayai adalah tempat mangsa dikurung di situ oleh penjenayah.

“Kita masih menjalankan siasatan secara mendalam dalam kes ini bagi menemukan sebarang bukti petunjuk di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. –



MG


Sebaran :


Leave a Reply