Adakah Anwar juga kena tunggu 30 tahun seperti Liverpool?

Najmil Secara Sinis Bandingkan Kaitan Liverpool Dengan Anwar

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris secara sinis mengaitkan kejuaraan liga Perdana Inggeris yang dikecapi Liverpool dengan penantian 20 tahun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau setelah 30 tahun menunggu Liverpool telah berjaya mencapai kejayaan dan ketua pembangkang pula menunggu selama 20 tahun masih belum mengecapinya.

Pada masa yang sama beliau menerusi catatannya di Facebook, Najmil turut membidas kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tun Mahathir kata “Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH”. Dia sendiri letak jawatan lepas tu salahkan orang lain. Biarlah dia nak kata apa. Yang pasti rakyat selesa dan bersyukur di bawah kerajaan hari ini.

“Tiada isu yang sensitif dan besar sepanjang kerajaan PN (Perikatan Nasional) memerintah. Kita jaga rakyat. Lupa pula nak bagi tahu. Liverpool dah jadi juara Liga Perdana Inggeris dan menamatkan penantian selama 30 tahun. ‘Bang Non’ bila pula nak jadi PM Malaysia? Dah lebih 20 tahun menunggu ni,” ujarnya. – UMNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker