Seruan Tok Mat bubar Parlimen bukan pendirian Umno, kata Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Seruan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen bukan pendirian parti itu, kata Annuar Musa.

Beliau, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno dan setiausaha agung Barisan Nasional, berkata seruan itu “pandangan peribadi” beliau.

“Kita telah mengulangi sokongan kita pada perdana menteri,” kata Annuar, katanya merujuk kepada Umno dan BN.

“Kita sebahagian dari gabungan Perikatan Nasional dan pendirian kita kerajaan harus beri tumpuan pada masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pameran kartun di Taman Botani Perdana hari ini.

Semalam, Mohamad menggesa PN membubarkan Parlimen kerana kedudukan politik Malaysia dikatakan “sangat tidak stabil”, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak Merdeka.

Mohamad berkata keadaan sekarang sangat menyukarkan kerajaan untuk meluluskan rang undang-undang yang kritikal, termasuklah membentangkan belanjawan, sedangkan negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

Annuar juga menegaskan Muafakat Nasional komited untuk mendokong kuat kerajaan PN, dan buat masa ini soal membubarkan Parlimen “tidak berbangkit”.

“Sebab kita sudah ada perdana menteri dan kerajaan. Tidak timbul soal ketidakstabilan. Saya tengok kerajaan ini mantap, jumlah sokongan semakin bertambah, dan jumlah kerusi pun makin bertambah,” katanya.

Annuar juga menyeru permainan politik dikurangkan, “supaya kerajaan menumpukan perhatian menyelesaikan masalah rakyat”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker