Penganalisis ramal Umno tinggalkan PN pada PRU-15

Penganalisis politik berkata Umno akan dapat lebih manfaat daripada Muafakat Nasional bersama PAS kerana ia memperkasa politik Melayu.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpandangan Umno akan memilih untuk bekerjasama dengan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang daripada menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).

“Umno tahu ia dapat lebih manfaat daripada Muafakat Nasional kerana ia memperkasa politik Melayu,” kata Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya.

Beliau percaya parti itu menyasarkan majoriti di Parlimen untuk mendapatkan kembali kuasa yang terlepas pada pilihan raya umum lalu.

Sekiranya ramalan Awang Azman tepat, PPBM, yang ketika ini mengetuai PN, akan menyaksikan ia ditinggalkan.

Beberapa pemimpin Umno mutakhir ini menyeru pilihan raya kilat diadakan, mengatakan ia akan menyelesaikan ketakstabilan yang disebabkan oleh kedudukan PN yang lemah.

Awang Azman berkata ada kemungkinan beberapa ahli PPBM akan berhijrah ke Umno sebelum pilihan raya umum ke-15.

Beliau juga berpandangan Umno, sekiranya ia berjaya membentuk kerajaan, akan menyemak semula peraturan parti bagi menghalang pemimpin-pemimpinnya berhijrah ke parti lain.

Pemerhati menjangkakan rundingan dalam kalangan parti dalam PN bagi menentukan parti apa yang mendapat kerusi mana untuk ditandingi nanti.

Syed Arabi Idid, seorang ahli akademi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata gabungan itu sewajarnya memulakan perbincangan mengenai lambang bersama.

Beliau percaya keputusan mengenai lambang itu akan memudahkan perbincangan mengenai kerusi.

Dalam kempen pilihan raya umum lepas, parti-parti Pakatan Harapan menggunakan lambang PKR kerana percaya ia lebih dikenali berbanding lambang parti lain dalam gabungan itu.

Lambang paling dikenali dalam PN adalah Barisan Nasional dan PAS.

BN mempunyai 42 kerusi di Parlimen, 39 daripadanya adalah Umno. PAS mempunyai 18.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker