Lebih 1,000 Ahli Parti Warisan Sabah Umum Keluar Parti

SANDAKAN – Lebih 1,000 ahli Parti Warisan Sabah termasuk 11 ketua cawangan mengumumkan keluar parti hari ini atas kekesalan mereka terhadap pemimpin parti itu yang dianggap tidak memperdulikan cawangan terbabit selepas menang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pengumuman keluar parti itu, yang melibatkan semua cawangan parti di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Airport dan Sibugal, dipimpin oleh ketua cawangan Sejati 1, Ibrahim Yusof.

“Kami telah bertungkus lumus untuk memenangkan Warisan pada PRU-14 lalu, tetapi kami langsung tidak dihargai.

“Antaranya, cawangan kami gagal didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), walaupun telah hantar borang pendaftaran sebelum PRU-14 lagi,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 11 ketua cawangan terlibat.

Ibrahim berkata pengumuman keluar parti 11 cawangan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pemimpin atasan parti dan tindakan tersebut atas keputusan mereka sendiri.

Katanya, ahli yang keluar parti itu memilih untuk menjadi ahli bebas, sementara Ibrahim memaklumkan telah membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

Bernama

Baca : Sebelum ini 600 ahli parti Warisan Sepanggar keluar parti.

Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun

KERAKUSAN DAP BILA MENDAPAT KUASA

‘Saya tidak kenal Bilahari Kausikan’ – Hishammuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker