#PrkChini : Saya harap Tun M turun berkempen – Najib

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK Dun Chini.

Ini berikutan satu kenyataan dari Tun Mwhathir dalm bentuk video yang menyatakan sokongannya terhadap calon bebas Datuk Tengku Zainul Hisham yang merupakan ahli Bersatu.

Dalam pada itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan keahlian Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin sudah terhenti serta-merta.

Menurut Najib dalam kempen pilihanraya kecil sebelum ini di mana saja Tun Mahathir turun berkempen ia memberi kemenangan besar kepada BN dan kerana itu beliau berharap Tun Mahathir akan turun berkempen di Dun Chini.

Bagaimanapun setakat hari ini, belum ada tanda bahawa Tun Dr Mahathir akan turun berkempen bersama calon Bebas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker