Saifuddin bagi amaran supaya tidak masuk lubang sama berkali – kali. Mengata Mahathirkah?

 

Teringat dengan skrip filem lakonan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Abdul Wahub:  Hey!Yang kau nak cekik dia tu kenapa?
Huh!Kamu kan tahu dia tu penipu!
Muka dia pun muka penipu!Yang kamu berdua bijak pandai boleh kena tipu
dengan dia tu kenapa?Kamu berdua yang bodoh!!
Wahab/Wahib: Hamba bodoh tuaan!
Abdul Wahub: Hmm..tau pulak dia bodoh yee?

Skrip ini sebenarnya elok ditujukan kepada Bakal Perdana Menteri Sepanjang Zaman kerana berjaya ditipu oleh orang yang sama sebanyak 2 kali dengan taktik dan skrip yang sama. Lepas nak salahkan orang tu. Dah tau dia tu penipu, muka dia pun muka penipu!

kahkahakhakhakahkah..

 


 

‘Kita mesti hati-hati supaya tak masuk lubang sama berkali-kali’

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) bersabar sementara gabungan itu berusaha mengembalikan mandat rakyat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita harus cermat, harus hati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali dan jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali,” katanya dalam wawancara dengan akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah hari ini.

Menurut Saifuddin, beliau memahami kegelisahan penyokong PH yang tidak mahu gabungan itu terperangkap dalam masalah pemilihan perdana menteri.

“Saya hormati pandangan itu. Satu lagi pandangan, kita mesti beri jaminan yang kerajaan yang dibentuk itu sustainable, tak ada makna ambil alih kerajaan, bergaduh sesama kita,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, PH akan menggunakan sidang parlimen akan dengan sebaik mungkin untuk mencabar rang undang-undang yang akan dibentang kerajaan.

“Ada dua bill, wang yang dibelanjakan ketika (wabak) Covid, satu lagi peruntukan untuk kementerian-kementerian baru. Jadi kita akan cabar sama ada kerajaan mempunyai cukup bilangan untuk mempertahankan bill itu,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker