PRN Johor: BN hanya beri yang realistik, bukan bombastik

SHAH ALAM – Parti Barisan Nasional (BN) hanya memberikan manifesto-manifesto yang bersifat realistik dan bukannya bombastik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor dan Calon DUN Semerah, Mohd Fared Khalid berkata, sekiranya membentuk kerajaan, pelbagai perkara yang akan dilakukan bagi memastikan rakyat terjamin kebajikan mereka.

Menurut beliau, antara yang akan ditunaikan adalah memberi peruntukan atau dana yang sama kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meskipun di pihak pembangkang.



“Kalau BN bentuk kerajaan, kami peruntukkan jumlah yang sama rata kepada ADUN dalam negeri Johor. Ini kerana kami suka berikan yang realistik dan bukannya bombastik.

“Sebelum DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor dibubarkan, peruntukan ADUN pembangkang dan kerajaan sama. Jadi, kami BN Johor akan meneruskan kaedah ini bagi menjamin kebajikan seluruh negeri walaupun akan ada beberapa kerusi yang tidak berpihak pada BN.

“Kita juga akan reformasikan jawatankuasa pendidikan khas dan pelantikan ketua kampung. Ini juga bagi memastikan pelantikan ketua masyarakat dibuat secara merit dan bukan atas dasar politik,” katanya.

Wacana Sinar edisi ke-326 yang bertajuk PRN Johor: Manifesto Siapa Paling Win? Yang disiarkan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi ke-326 yang bertajuk PRN Johor : Manifesto Siapa Paling Win? Yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.



Turut menjadi panelis, Calon Pejuang di kerusi DUN Serom, Abdul Azim Abdul Malek dan Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, bagi golongan muda pula, akses perumahan yang pernah dilakukan sebelum ini akan dibangunkan semula sekiranya berjaya memenangi PRN kali ini.

“Bagi orang muda pula, kami akan membangunkan dan mencipta peluang akses perumahan. Akses perumahan ini benda yang logik dan bahkan sebelum BN tumbang, rumah mesra Johor telah diilhamkan namun tidak diteruskan sebab kami tewas.

“Ini janji kami. Akan sambung jika menang. Kami akan teruskan akses perumahan kepada orang muda. Kami juga akan membuat bantuan kewangan tahunan dan bantu usahawan muda.



“Ini kerana kita ada RM100 juta ringgit untuk geran industri kecil dan sederhana (IKS) yang baru. Ikhtiar Johor sangat inklusif. Kita tidak mencipta benda baru,” jelasnya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?



Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker